Kempen #PTxGREEN24 Anjuran Projek Travel Tercapai

Baru-baru ini, AirAsia telah menjalankan kempen Cabaran #Green24 bagi memerangi pemanasan global.

Ianya mendidik masyarakat sekeliling dalam memberi kesedaran tentang tindakan yang sewajarnya diambil untuk mencapai objektif menghijaukan bumi (Go Green) dalam melestarikan alam sekitar.

Sebagai tanda sokongan, Projek Travel tampil dengan inisiatif sendiri dengan mengadakan kempen #PTxGREEN24 dengan mengajak rakan blogger dan pengikut mereka menyahut cabaran ini.

Alhamdulillah, ianya berjaya mencapai target yang disasarkan iaitu 240 perkongsian di laman Instagram menggunakan hashtag #PTxGREEN24.

Sumber : http://www.projektravel.com/2016/02/kempen-ptxgreen24-sempena.html

Kempen #PTxGREEN24 Anjuran Projek Travel Tercapai


Untuk menghargai mereka yang telah memberi sokongan terhadap kempen yang mereka adakan. Maka 5 orang pemenang bertuah telah dijemput ke majlis #GREEN24Night di Baskin Robbin Times Square pada 4 Februari 2016 (Khamis).

Pada malam tersebut, blogger +pinky momma telah dinorbatkan sebagai pemenang utama dan membawa pulang RM100 tunai.


Menurut wakil dari pihak Projek Travel, Khairul Anuar ( +penaberkala nuar )

Jumlah keseluruhan penyertaan yangmereka terima adalah sebanyak 257 penyertaan dengan menggunakan hashtag #PTxGreen.
"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus memberi sokongan padu kepada Projek Travel dan kempen ini. Semoga kita semua ada kesedaran untuk memerangi pemanasan global (Global Warming). "
Untuk pengetahuan anda, Projek Travel tercalon bagi kategori Best Travel Blog bagi Anugerah MSMW2016.

Diharapkan rakan-rakan sudi mengundi mereka di http://www.socialmediaweek.com.my/programmes/awards/category.php?id=3 .

Anda hanya perlu mendaftar menggunakan akaun facebook sebelum mengundi. Sehari hanya boleh mengundi sekali, dimana anda boleh mengundi mereka setiap hari mulai 2 - 21 Feb 2016.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment