Kerana minat dan sayangnya kepada kucing, rakan blogger Sha Munira membuka cat boarding untuk haiwan peliharaan ini - Cathoot.
Tidak dinafikan, ramai diantara kita membela haiwan peliharaan ini dirumah.
Malangnya, bila kita perlu outstation atau bercuti. Mesti tak sanggup nak tinggalkan mereka di rumah tanpa pengawasan.
Ada diantara kita terpaksa mintak jiran atau rakan-rakan menjaganya. Bahkan ada juga yang menghantarnya kepusat-pusat penjagaan haiwan atau cat boarding.
Cathoot salah satu daripadanya.
Ianya terletak di Kota Damansara, bersebelah Jabatan Pendaftaran Negara Kota Damansara.
Menurut Sha Munira atau nama sebenarnya Sharifah Munira Sayed Azahar,
Tujuan beliau membuka Cathoot adalah menyediakan tempat penjagaan yang lebih selesai dan mampu memberi kebebasan kepada haiwan ini untuk bergerak dan buat mereka rasa seperti berada dirumah.
Sebelum ini, beliau pernah menghantar kucingnya ke cat boarding. Malangnya kucing beliau hanya dikurung dalam sangkar dan ini mendatangkan trauma kepada kucingnya lepas terkurung selama 4 hari.
Kucing trauma?
Bunyi macam pelik je kan. Tapi itu la kenyataan yang terjadi kepada kucingnya.
Hampir seminggu kucingnya tidak mahu dekati orang dan tak nak masuk dalam carrier. Perubahan mendadak ini merisaukan beliau.
Maka beliau dan beberapa kenalan membuat sedikit kajian mengenai car boarding di Amerika Syarikat dan cat cafe di Jepun. Dari situ timbul idea untuk mereka memulakan perniagaaan Cathoot dibawah syarikat Cathoot PLT.
Cathoot Kota Damansara
Konsep Cathoot adalah untuk mengurangkan stress pada kucing terutama bila ditinggalkan dalam sangkar selama beberapa hari.
Design sangkar dan persekitaran adalah mengikut kajian cat hotel di UK & US.
Kucing di cathoot akan dilepaskan (tidak terkurung dalam sangkar) dan mereka bebas bermain disiang hari disamping muzik yang tenang.
Pengunjung yang datang ke sini, boleh bermain dengan kucing-kucing yang ada secara percuma.
Persekitaran yang bersih dan makanan yang seimbang akan diberikan. Paling menarik, pemilik kucing akan dapat live update tentang kuncing mereka melalui media sosial cathoot.
Cathoot
No. 36, Jalan Pekaka 8/3, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya
Laman Web : www.cathoot.com
Kepada pembaca BRO - Blog Retis Official yang mempunyai kucing. Ada berita baik dari kami, dimana Cathoot berbesar hati untuk memberi voucher diskaun bernilai RM17 secara percuma kepada anda.
Ianya sah digunakan hingga 30 April 2015, tertakluk pada terma dan syarat.
Bagaimanapun, ianyya sah untuk tempahan secara online di www.cathoot.com





0 comments:
Post a Comment