Perkongsian di laman facebook milik blogger Mat McDean yang juga merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim.
8 Tip Bercuti Di Pulau
- Kalau anda jenis bekpeker adalah lebih afdhal pakai bagpack bukan beg tarik ala-ala Akademi Fantasia (AF). Ada tempat, kita kena naiki bot untuk sampai ke pulau/hotel/hostel..etc. Kemudian kena berjalan pula atas pasir. Penggunaan backpack lebih digalakkan bahkan senang dipikul.
- Sekiranya pergi pulau, jangan pula anda memakai heels, sandal hari raya, kasut liplap etc. Bawa selipar (beach slipper), kasut getah. Sekiranya basah, ianya senang untuk dijemur & cepat kering.
- Makanan ringan yang wajib bawa seperti cokelet, biskut, milo 3in1. Jangan bawa beras 1 peket yang 5 kg sudah la. Cukup sekadar alas perut, ini kerana di pulau agak sukar nak dapat makanan ringan. Selalunya yang dijual di pulau, harganya hampir 2 kali ganda dari harga asal. Kan dah jimat.
- SUNBLOCK - Jika anda sayangkan kulit dan takut sunburn. Anda perlu cari/beli spf bawah 130. Kalau rasa tak nak pakai, tak payah beli. Hitam itu tetap menawan.
- Bila travel, kita sebenarnya seperti rusa masuk kampung. Moral of the story, ringankan mulut anda untuk bertanya. Jangan letakkan harapan yang tinggi dengan Google bila anda berada di dalam pulau.
- Ubat-ubatan - Elok sediakan untuk diri sendiri & anak-anak. Takut tiba-tiba terjatuh sakit, muntah-muntah, demam atau alahan. Sekurang-kurangnya, kita boleh berharap pada ubat yang kita anda sementara dalam perjalanan ke klinik.
- Charger - Bawak plug adapter anda sendiri. Ada sesetengah hostel agak hampeh dimana charger biase tak boleh digunakan, Maka terpaksa charge di kaunter dan mungkin anda akan dikenakan cas per jam.
- Beg kalis air - Sekiranya anda menyertai aktiviti snorkeling atau berkaitan dengan air. Elok sekiranya anda membawa beg kalis air. Terutamanya jika anda membawa kamera atau mobile phone sepanjang perjalanan di laut.

0 comments:
Post a Comment