Sebut je backpacking, nama tempat wajib yang korang masukan dalam travel list - Krabi. Kenapa Krabi?
Krabi merupakan sebuah bandar utama di wilayah Krabi (Mueang thesaban) yang terletak di pantai barat selatan Thailand. Terletak sejauh 783 km dari Bangkok, perjalanan dari Kuala Lumpur dengan pesawat hanya memakan masa selama sejam.
Menghadap Selat Andaman, bandar kecil ini kaya dengan keindahan pantai dan khazanah laut, pemandangan kars batu kapur yang memukau, kehijuan hutan hujan serta keunikan adat dan budaya masyarakat setempat.
Tersenarai dalam antara tempat yang paling menarik untuk dikunjungi, memang tidak dapat dinafikan kewujudan fasiliti yang agak lengkap di bandar ini juga menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan di sini.
Antaranya seperti jaringan pengangkutan yang baik, wujudnya hotels in Krabi, gerai dan restoran di hampir setiap pelusuk bandar ni.
1 - Tempat Penginapan yang murah
Yup, betul! Korang boleh dapat bilik yang selesa dan bersih dengan harga RM35/malam. Sekiranya korang bernasib baik, ada yang sediakan breakfast sekali termasuk pada harga serendah tu.
Cuma korang kena rajin mencari.
Kalau korang nak bermalam kat tempat yang up sikit, boleh terus usha hotel-hotel mewah dekat kawasan sekitarnya. Standardnya, lebih kurang sama macam hotels in Bangkok, jadi korang tak perlu risau pasal bad service sebab orang-orang Thai sangat terkenal dengan keramahan dan layanan tip top mereka.
Sekiranya korang teringin nak rasa tidur di tepi pantai, korang boleh jugak check out resort-resort yang terdapat di sini. Daripada yang bajet sampai la yang harga high end. Anda boleh pilih mengikut kesuaian bajet anda.
Untuk memudahkan lagi kerja pencarian Krabi hotel yang menarik, apa kata korang layari https://www.traveloka.com/en-my/ untuk dapatkan the best rate. Page ni offers wide range of accomodation to choose from.
Korang tak payah bersusah payah nak compare one hotel to another sebab page ni dah filter and sort siap-siap untuk korang. And the part is, tiada caj tersembunyi dikenakan!
2 - Pantai dan kehidupan laut yang awesome!
2 - Pantai dan kehidupan laut yang awesome!
Untuk pengetahuan korang, kebanyakan pengunjung datang ke sini adalah untuk menikmati suasana pantainya yang superb selain menyelami dasar lautnya yang kaya dengan kepelbagaian hidupan marin.
Bagi beach bums dan sea junkies, Krabi sememangnya syurga dunia bagi korang.
Antara pantai yang sering menjadi tumpuan tourist seperti Ao Nang Beach, Railay Beach dan Phi Phi island.
Mana nak dapat tempat yang offer pantai yang putih bersih di samping air biru yang jernih macam ni.
Dengan background bukit batu kapur yang sangat unik dan memukau ni, tak hairan lah kalau salah satu daripada pulau kat sini pernah menjadi lokasi shooting pilihan bagi filem Hollywood.
Hebat bukan?
Bagi beach bums dan sea junkies, Krabi sememangnya syurga dunia bagi korang.
Antara pantai yang sering menjadi tumpuan tourist seperti Ao Nang Beach, Railay Beach dan Phi Phi island.
Mana nak dapat tempat yang offer pantai yang putih bersih di samping air biru yang jernih macam ni.
Dengan background bukit batu kapur yang sangat unik dan memukau ni, tak hairan lah kalau salah satu daripada pulau kat sini pernah menjadi lokasi shooting pilihan bagi filem Hollywood.
Hebat bukan?
3 - Kaya dengan keunikan alam
Selain laut, Krabi juga terkenal dengan keunikan alam lain seperti kolam air panas semula jadi yang terletak berdekatan Khao Phra Bang Khram Nature Reserve, lebih kurang 70 km dari pusat bandar.
Air yang mengalir dari kolam air panas ini berasal jauh di bawah tanah dari lohong gunung berapi. Mineral yang terkandung di dalam air kolam ini dikatakan dapat menyembuhkan beberapa penyakit kulit.
Tidak jauh daripada kolam air panas ni, terdapat sebuah kolam yang dipenuhi dengan mata air tulen yang dipanggil Emerald Pool. Kejernihan air di sini menyebabkan ia mendapat nama lain seperti crystal pool.
Selain tu, hutan ini juga menjadi rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna lain seperti serangga dan burung-burung. Ini menjadikan tempat berbeza berbanding tempat-tempat yang lain.
4 - Makanan di Krabi
Sekiranya korang ke sini, anda tidak perlu risau untuk mencari makanan yang best di Krabi (Cuma halal atau tidak sahaja).
Di dalam bandar, di pinggir kampung atau berhampiran hotels in Krabi, korang boleh temui stall atau restoran yang menghidangkan hidangan-hidangan istimewa dan terkenal negera Thai seperti tom yam, pad thai, somtam, kensom dan sebagainya.
Dan macam biasa lah, dah namanya Thailand tu, mestilah semuanya dijual pada harga yang berpatutan.
Selamat bercuti di Krabi..!!!



0 comments:
Post a Comment