Gaya Pemakanan Lebih Sihat Dengan Ilaollao

Lead the Way to Healthier Eating With lllaollao

Gaya pemakanan sihat yang ditonjolkan para penggemar Ilaollao harus dijadikan teladan kepada masyarakat umum.

Dalam tempoh hanya setahun, para penggemar llaollao di Malaysia telah memakan 20,000 kilogram buah-buahan dan 120,000 liter yogurt asli!

Disajikan dengan topping rangup atau buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, nangka, buah naga dan mangga, llaollao berjaya mendorong rakyat Malaysia memakan buah-buahan di mana beratnya menyamai 200, 000 biji epal atau lima ekor gajah.

Ilaollao, yang kini tampil sebagai jenama yogurtsejuk beku yang paling pantas berkembang di Eropah, telah menghidangkan sejumlah 120,000 liter yogurt semula jadi – dalam erti kata lain, cukup untuk mengisi 3,000 tangki kereta bersaiz sedan.


Menurut Tan Kai Young, Pengarah Loob Management Services Sdn. Bhd.

Semakin ramai rakyat Malaysia yang arif tentang pengambilan makanan dan gizi seimbang dan Ilaollao berharap dapat memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran betapa pentingnya diet atau tabiat pemakanan yang baik.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, National Health and Morbidity Survey (NHMS) tahun lepas (2015) menunjukkan, 94 peratus `(94%) rakyat Malaysia dewasa memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi dalam pemakanan mereka.

Ulang Tahun Pertama Ilaollao di Malaysia
llaollao’s first anniversary in Malaysia

Sebagai penghargaan kepada para pelanggan setia dan meraikan peralihan kepada gaya pemakanan yang lebih sihat, sempena dengan ulang tahun pertama Ilaollao di Malaysia, Ilaollao menawarkan harga istimewa RM11.00 ke atas pembelian semua saiz tab dan Sanum pada 18 Oktober ini.

Untuk memanfaatkan sepenuhnya tawaran ini, inilah masanya untuk para pelanggan memesan tab bersaiz besar yang lazimnya berharga RM18.90, manakala Sanum berharga RM17.90.

Selain daripada promosi ulang tahun pertama, Ilaollao juga menambah nilai kempen “Well-nesday” mulai Oktober tahun ini.

Dengan pembelian minima tab bersaiz sederhana, para pelanggan boleh menikmati diskaun 11 peratus (11%) pada hari Rabu minggu pertama, 22 peratus (22%) pada hari Rabu minggu kedua dan 33 peratus (33%) pada hari Rabu minggu ketiga.


Pada hari Rabu minggu keempat, kadar diskaun berbalik kepada 11 peratus (11%). Dan sekiranya terdapat minggu kelima Rabu, sepertimana pada bulan November 2016, diskaun dinaikkan kepada 22 peratus (22%).

Disebut dengan sebutan Yao Yao, Ilaollao yang disediakan segar – anda tidak akan memperoleh yogurt sejuk beku yang lebih segar daripada Ilaollao. Diperbuat daripada sajian susu skim, satu tab yogurt IlaoIlao mengandungi 46 peratus (46%) kalsium yang perlu ada dalam pemakanan seharian.

Walaupun Ilaollao rendah lemak, rendah kalori dan bebas gluten, tiada kompromi dalam kelazatan rasanya sebagai yogurt yang kaya lagi berkrim.

Sebagai memberi kelainan rasa, IlaoIlao menawarkan pilihan topping yang pelbagai, daripada buah-
buahan segar dan berperisa kepada kerangupan bijirin, muesli, ‘cookies’, kacang dan rasa yang klasik iaitu OREO®. Kerangupan dan perisa diimport dari Eropah dan kebanyakannya tidak dapat dibeli atau diperoleh di mana-mana pasar raya tempatan.

Bertitik tolak daripada pembukaan pertama cawangan di Pavilion pada bulan Oktober tahun lepas, IlaoIlao kini mempunyai 14 cawangan, di mana cawangan di KLCC akan dibuka untuk para pelanggan pada Oktober 15, 2016.

Sebelum tahun 2016 menutup tirai, lima lagi cawangan akan dibuka di lokasi berikut: Sky Avenue, Genting; AEON Tebrau dan City Square di Johor Bharu; Ipoh Parade di Ipoh; dan Sunway Velocity di Cheras, Kuala Lumpur.

IlaoIlao mensasarkan pembukaan hingga 35 cawangan menjelang tahun 2018.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment