Perkongsian oleh saudara Syazwan Youb di laman facebook beliau.
Aku sebenar tengok muka Ahmad Maslan pun sudah sakit hati . Asal nampak muka dia sahaja aku terbayangkan "GST Memudahkan Rakyat , Rakyat sukakannya"
Namun begitu biarlah kita membenci pada tempatnya .
#2kerja bukanlah satu idea yang kurang bijak kerana kebanyakan kita telah melakukannya . Siang hari kerja pejabat dan malam kerja freelance .
Kecuali kalau dia larang buat dua kerja . Itu baru dipanggil tak berapa bijak .
Namun begitu kata-kata beliau sebenarnya mempunyai dua masalah .
Masalah pertama , adalah kenyataan beliau dipusing oleh Media . Tajuk yang dibuat tidak lebih hanya menimbulkan kontroversi . Bayangkan kalau surat khabar buat tajuk "Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mengalakkan Rakyat Untuk Berniaga" . Siapa nak baca ?
Masalah kedua adalah orang yang bercakap . Sebenarnya apa sahaja yang Ahmad Maslan cakap orang akan benci samaada suruh buat dua kerja mahupun satu kerja . Benda ini berpunca disebabkan oleh situasi pendengar dan pemberi nasihat yang berada dalam berbeza . Ibaratkan seperti seseorang yang racun sungai sampai mati semua ikan kemudian cakap "nak memancing kena bersabar" .
Jika rakyat yang bercakap pasti akan diterima baik tetapi tidak jika menteri bercakap apatah lagi Duta GST .
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

0 comments:
Post a Comment