Seminar Sebelum Aku Bernikah 2.0: Mengetuk Gerbang Rumahtangga
Cinta, Nikah & Rumahtangga.
Walaupun ianya antara tema-tema yang dipandang remeh, dan dirasakan lekeh kerana dikatakan tidak intelektual. Pun begitu, tidak dapat kita nafikan bahawa tema-tema ini ialah antara tema yang amat penting dan asas dalam kehidupan manusia, kerana hampir semua manusia bakal melaluinya. Dan tema-tema ini antara asas pembentukan masyarakat.
Maka untuk tahun 2016, Langit Ilahi buat kesekian kalinya membawakan Seminar Sebelum Aku Bernikah(SSAB), dan kali ini dengan tema: Mengetuk Gerbang Rumahtangga. Dengan tujuan dan matlamat untuk berkongsi dan mendidik masyarakat, terutama generasi baru, berkait isu-isu sekitar percintaan, pernikahan dan pembinaan rumahtangga.
Tarikh program: 13hb Februari 2016
Tempat: Main Audi, UIA Gombak
Masa: 8.00am-07.00pm
Yuran Asal:
Seorang: RM100
Yuran Promosi - Sah hingga 31hb Disember 2015:
1-2 orang: RM60(seorang)
3 orang ke atas: RM50(seorang)
Yuran Istimewa!
Mendaftar minimum 30 orang - RM45(seorang)
TERHAD UNTUK 800 PESERTA SAHAJA
Pendaftaran boleh dilakukan di: http://langitilahi.com/ssab/

0 comments:
Post a Comment