Syarikat penerbitan, Fixi telah mengumumkan label terbaru mereka yakni GRAFIXI dimana ianya khas untuk penerbitan novel grafik.
Buat pertama kali dalam sejarah, DC Comics telah menjual hak terjemahan katalog mereka kepada sebuah syarikat Malaysia, Fixi untuk terjemahkan ia ke dalam Bahasa Melayu.
Menurut status yang dimuat naik di laman Facebook Fixi,
Proses mendapatkan hak ini memakan masa berbulan-bulan dan merupakan pengalaman yang manis.
GRAFIXI dimulakan dengan 2 judul Batman & Superman, iaitu PUBLIC ENEMIES (160 mukasurat) dan SUPERGIRL (168 mukasurat). Dua-dua akan mula dijual di Jelajah Lejen Fixi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - PBAKL 2016.
Harga di PBAKL: RM30 satu, RM50 untuk dua.

0 comments:
Post a Comment