Tamat sudah majlis Sepetang Bersama Blogger 2016.
Event yang bukan sahaja mengumpulkan blogger dan pengamal media sosial seluruh negara,juga medan untuk menuntut ilmu dan bertukar pandangan.
#SBB2016 tahun ini merupakan platform untuk memperkenalkan team #projekbloggerutara walaupun masih ada yang keliru dengan team satu lagi.
Tapi itu bukan masalah besar kerana yang penting matlamat telah tercapai. Ramai yang mengenali team ini tanpa perlu menukar nama.
Menjadi blogger bukan sekadar berada di rumah atau bersosial di whatsapp group. Perlu juga berjumpa dengan blogger-blogger lain untuk menambah network.
Tahniah Izarra Qistina memenangi hadiah misteri dari #projekbloggerutara kerana sudi berwefie dengan founder dan admin PBU.
Kenangan yang tidak akan dilupakan oleh team ProjekBloggerUtara. Bergambar bersama insan hebat dalam dunia media sosial dan bisnis.
Tahniah buat team #Denaihatinetwork kerana menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini. Harap dapat berjumpa di tahun hadapan.
Buat team #PBU semoga #sbb2016 menjadi permulaan untuk terus mengorak langkah.



0 comments:
Post a Comment