Bagi rakan blogger terawal mengenali, pasti tahu bagaimana saya mula berblogging.
Saya bukan blogger hebat, hanya usahawan IKS yang bergiat dalam segmen pembangunan sosial dan menjadikan blog sebagai sokongan kerjaya motivasi sosial.
Fokus awal blog hanyalah platform minat menulis disamping membina keyakinan pihak tertentu bagi mengetengahkan modul motivasi yang dibangunkan.
Alhamdulillah, dengan kelayakan serta jurnal blog sebagai portfolio, ada beberapa pihak dan institusi berminat. Kini masuk 2 tahun modul tersebut subur dan berkembang.
Blog juga buka pelbagai peluang dan rezeki termasuk silaturrahim blogger, usahawan malah prospek pembaca berkongsi peluang kolaborasi advertorial, review dan program.
Semakin lama, blog bukan sekadar sokongan kerjaya tetapi sebahagian dari kerjaya dan gaya hidup.
Membuka juga ruang memperkasa amanat pembangunan buku negara sebagai cabaran era digital kini.
Terima kasih semua... may we support each other still.
Saya blogger masih belajar... usahawan kecil, motivator sosial, suami dan bapa yang hidup digarisan 4 series dan meminati penulisan, seni dan Pearl Jam
Khir Khalid - www.khirkhalid.com
Bicara Bro : Mamat ini bukan blogger biasa-biasa. Penulisannya mantap dan bermutu / berkualiti sehingga mampu meningkatkan pengaruh terhadap pembacanya.
Dan dia bukan manusia biasa, tetapi masih belajar dan pelajari seperti orang kebiasaan.
Idola Bro nie.

0 comments:
Post a Comment