Mungkin ramai yang tidak mengenali blogger Zarina Tazari, yakni pemilik blog http://ihaveasweetsmile.blogspot.my.
Bagi Bro, beliau merupakan blogger yang berpengaruh dari segi penulisan berkaitan keibubapaan (Parenting), dimana beberapa artikle blog beliau mendapat respon dan perkongsian yang tinggi.
Buktinya,
Salah satu projek yang beliau terima dari Bro mendapat perkongsian yang tinggi dari kalangan ibu-ibu yang risau tentang keselamatan anak sewaktu Online.
Ini membuktikan, beliau bukan calang-calang blogger.
Bagaimanapun, beliau seorang yang low profile dan selalu bertanya Bro tentang ilmu-ilmu blogging. Kalau ikutkan hati, beliau tidak mahu dedahkan wajah dilaman sosial.
Tetapi, demi mencari ilmu dalam pembelajaran anak melalui perkongsian dalam salah satu group facebook, beliau perlu dedahkan wajah dan jadikan profile picture di facebook.
Ini kerana, antara syarat untuk sertai group tersebut kene menggunakan gambar profile dengan gambar sendiri.
Akhirnya, dapat juga Bro tengok muka sebenar beliau walaupun ini gambar tahun lepas.

0 comments:
Post a Comment