Kisah yang dikongsikan oleh pengasas HeyHashtag - Mr. Kay di laman facebook beliau tentang aktiviti beliau bersama rakan-rakan pada tahun baru 2016.
Bukan calang-calang rakan-rakan beliau, dimana kebanyakan mereka merupakan peneraju industri digital media di Malaysia.
Jom baca kisah yang dikongsikan beliau
******************
Semalam duduk mengopi dengan kawan-kawan sebulatan
Kenal mereka sejak mereka masih belajar. Hari ini mereka semua sudah punya jenama kukuh dalam industri digital media - Rotikaya, Amanz Media dan TheVocket.
Hampir setiap tahun kami berkumpul pada malam tahun baru atau siang pertama tahun baru. Sudah jadi seperti acara tahunan. Susah untuk kumpul semua. Ada kala setahun cuma sekali berjumpa.
Semalam banyak kutip ilmu baru dari mereka. Mereka juga sepakat "melempang" saya berkenaan HeyHashtag.
Sesuatu akan dilakukan terhadap HeyHashtag dalam masa terdekat.
- Mr. Kay -
Kredit gambar +Faiz Edzahar (tiada dalam gambar, katanya tak muat) yang dimuat naik di facebook +Khairul Mohamad Yusof
Bicara Bro : Ada sesiapa sudi "melempang" gua berkenaan BRO - Blog Retis Official ini?

0 comments:
Post a Comment