Permulaan tahun baru 2016, kami di BRO - Blog Retis Official mendapat khabar angin bahawa tahun ini mungkin akan diadakan aktiviti tahunan - Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016.
Ini sekaligus mematikan desas desus yang mengatakan SBB2015 merupakan yang SBB yang terakhir.
Paling ketara bila pengasas Denaihati Network, saudara +Denaihati Ilhamku telah memuat naik status bertanyakan berapa ramai blogger yang ingin SBB2016 diadakan.
Respon yang diterima juga tidak mengecewakan.
Baru-baru ini, saudara +Hisyamudin Fadzil salah seorang staf +Denaihati Network juga memuat naik status bertanyakan lokasi yang sesuai untuk diadakan SBB2016.
Buat masa ini, belum ada sebarang kata putus atau pengumuman rasmi dikeluarkan.
Oleh itu, sama-sama kita nantikan.
********
Update terkini #08012016
Gambar Team Denaihati Network sedang berbincang dengan pihak penaja untuk menaja SBB dimuat naik ke laman facebook.
Yang menariknya, saudara Hisyamudin Fadzil telah memuat naik status dengan hashtag #PamogaQuPutehSBB2016 dan #TerlajakLarisSBB2016
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

0 comments:
Post a Comment