Sila Tengok Filem Ola Bola - Aisa Linglung
Sebelum tengok, jangan baca review-review panjang lebar lagi. Jangan terpengaruh dulu dengan komen-komen orang.
Filem yang berani menjadi luar tabi'i (bukan premis hantu, rempit, gangster, cinta leweh yang jadi rempah ratus biasa filem lokal) macam ni memang layak ditonton dan perlu ada banyak lagi yang seumpamanya. 'Normal is wrong' berjaya dibuktikan Ola Bola.
Tak perlu nak art or deep sangat, filem ni dah cukup berjaya untuk buat aku rasa berbaloi melabur beli tiket. Berdasarkan kisah benar, ada sedih, ada marah, ada persahabatan, ada kekeluargaan, ada cinta (yang tak meleweh opkos), ada lucu, dan ada perpaduan. Ramuan asli yang cukup rencah dari bumi Malaysia. Ada bunyi sok sek sok sek kedengaran dari seat penonton bila part yang bermain dengan emosi. Aku ok. Tak menangis.
Cuma lagi sedap kalau nama-nama watak digunakan nama-nama sebenar. Soh Chin Aun misalnya. Tapi mungkin ada kekangan lain yang buat deme ubah nama watak ni. Lantak la. Janji sedap macam cikencop Sarol Nayem.
1st time nonton filem lokal dengan populasi penonton 1Malaysia dalam panggung. Dan 1st time nonton filem lokal dengan tenang tanpa seat ditolak-tolak diterajang-terajang dari belakang.
Sedar tak sedar, aku pun dah bagi review panjang. Haha. Tapi takpe. Panjang saja. Lebar tidak.
Terima kasih dan tahniah Ola Bola! We will believe again.
Kredit : Facebook Aisa Linglung.

0 comments:
Post a Comment