'Downgrade' Jika Tak Mampu - Syukri Tahir

'Downgrade' Jika Tak Mampu - Syukri Tahir

Kita mesti ada kawan yang gaji sikit,
Tapi rilek je hadapi hidup.

Isteri tak kerja tapi boleh je tanggung makan minum anak bini.

Kunci rahsia ialah perbelanjaan yang cermat,
Efektif dan pengurusan kewangan yang berkesan.

Antaranya :
  1. Berdisiplin Merancang Perbelanjaan. Dapat gaji je terus buat simpanan. Kalau barang dapur habis, buat senarai, nanti beli barang ikut senarai je. Ada jualan murah ke terus kuatkan semangat.
  2. Minimumkan Perbelanjaan. Dekat Malaysia ni ada barang mahal dan murah, tapi kualiti sama je. Jadi kena pandai pilih.
  3. Bandingkan Harga. Ada pasaraya jual barang mahal, ada pasaraya jual murah barang tu. Jadi kita kena bijak buat perbandingan.
  4. Belanja Ikut Keutamaan. Rancang belanja mengikut keutamaan, kalau peralatan belajar anak lagi penting mengapa perlu beli peralatan kereta sampai beribu? Lepas tu bajet kelaut.
  5. Pengangkutan Awam. Sekali sekala guna pengangkutan awam apa salahnya kan. Tak pun berkongsi kenderaan.
  6. Hiburan Sederhana. Sekali sekala nak berhibur apa salahnya. Tapi bersederhana lah. Jalan-jalan dekat taman pun elok juga.
Orang biasa macam kita,
Bersenam jogging kat taman okay lah.

Senang bukan.
Konsep dia sama je.

Berjimat cermat.
Belanja pada-pada.

Ingat..

Kalau mampu beli Volkswagen Golf beli je Myvi.
Kalau mampu beli IPhone 6, beli je Sony.

'Downgrade' satu tahap.

Simple. - +Syukri Tahir II  -
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment