Jangan Stress Layan Customer - Mia Sha

Ada sesetengah orang dia buat partime online bisness dan masih bekerja. 2in1 dan kena handle customer,bos,dan keluarga dia.

Tapi yang tak sweetnya bila dia up status marah kata 'customer kena paham saya berniaga dan bekerja dan punya keluarga'

Bagi aku, kau tak perlu mention kat public bahawa kau stress nak handle semua benda dan perlu orang lain paham sebab "kau yang pilih jalan tu,hadap je la"

Ada ke orang paksa kau berniaga cari duit lebih tapi taktahu handle. Tak tahu jangan buat. Just text privately dan settle.

Kalau kau dok mention kat public, ada customer kau baca dan pernah push push msg kau tanya dulu, memang dia terasa lah ayat public kau tu, mampus tak membeli la dia buat kali kedua.

Kau tahu, bila kau maki hamun kat public, customer rasa kau tuju dekat dia dan kau seolah olah 'MENGELUH' bila ramai orang marah kata kau balas msg lambat la pos lambat la. kau rileks ja dan post personally kat customer kau. Senang cerita.


Kau baru buat online, belom offline.

Mampu ke kau hadap bila cust maki kau depan depan kutuk kau depan depan kalau dalam msg pun kau tak mampu kawal apatah lagi berhadapan.

Buang negatif tu jauh jauh, hadap dengn rileks.

Maybe kadang kadang nak luah tu takpa la ni dah kerap sangat dok luah negatif, kau rasa customer kau nak repeat order ke???

Jangan Stress Layan Customer - Mia Sha


Rujukan : Status Facebook Dato Mia Sha (Pemilik gambar diatas)
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment