Pitam Beli Hartanah Berharga RM1 Juta - Abang Ensem

Pitam Beli Hartanah Berharga RM1 Juta - Abang Ensem

Pitam aku sekejap tatkala mendengar kisah seorang pelabur newbie memberitahu perihal diri beliau dan rakan-rakannya yang telah membeli sebuah hartanah berharga RM1 juta untuk dijadikan aset pelaburan mereka.

Sejujurnya, aku tidak menggalakkan para pelabur newbie untuk memulakan langkah dengan amaun yang sebegini besar. Alasan aku :

  • Pendedahan yang sebegini besar bakal menghentikan pelaburan mereka di masa hadapan. Bayangkan jika pelaburan ini gagal mendapatkan pulangan yang mereka harapkan, pasti kekecewaan akan menghambat mereka dan ini akan membuatkan mereka serik untuk melabur lagi.
  • Aku mempunyai pengalaman untuk pelaburan secara 'berkongsi'. Terlalu ramai nakhoda yang ingin mengemudi haluan. Apatah lagi ketika itu masing-masing masih lagi 'ranum' di dalam pelaburan. Sudahnya, perpecahan mula berlaku sedikit demi sedikit dan pelaburan kami kemudiannya menjadi sia-sia sahaja.
  • Aku yakin, para pelabur newbie belum begitu mahir lagi dengan 'Property-Cycle-Timing'. Mereka belum pernah melalui kondisi kebejatan ekonomi yang pernah berlaku sebelum ini. Apa akan berlaku sekiranya Base Rate pinjaman bank mereka dalam keadaan meningkat pada ketika hartanah mereka begitu sukar untuk mendapatkan pembeli? Adakah mereka mempunyai 'holding power' untuk melunaskan instalmen bulanan mereka tanpa rasa gusar?

Nasihat aku buat pelabur newbie, kukuhkan dahulu platform asas anda yakni, CASHFLOW. Mahirkan dahulu ilmu 'Property-Cycle-Timing' anda. Sesudah itu, barulah difikirkan akan hartanah bernilai tinggi untuk dijadikan aset pelaburan anda.

Ingat ! Biar lambat asal selamat kerna langit tidak selalunya cerah.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment