Fizo Omar Kongsi Cerita Tentang Blogger Rayyan Haries


Baru-baru ini, Fizo Omar ada memuat naik gambar dan artikle mengenai seorang lelaki yang tidak mempunyai perkerjaan dari Malaysia mengembara ke banyak negara untuk melakukan kerja amal.


Yang menariknya, lelaki yang beliau maksudkan merupakan blogger dan juga kenalan Bro iaitu Rayyan Haries.


Jom baca, apa yang dikongsikan oleh Fizo Omar di laman facebook page beliau.




LELAKI JOBLESS DARI MALAYSIA MENGEMBARA KE 15 NEGARA UNTUK MELAKUKAN KERJA AMAL.


Semua orang pernah tersalah langkah tapi itu bukan alasan untuk mengalah.

 

Pemuda dari Kuala Lumpur ini, Rayyan harries pernah tersilap dalam percaturan hidup, dia dibuang dari universiti dan ditamatkan biasiswa.


Bukan itu saja, Rayyan turut dibuang kerja dan akhirnya dipaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu menjelaskan bayaran sewa.



 

Rayyan mengambil keputusan untuk lakukan sesuatu yang bermakna bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga untuk orang disekelilingnya dengan menyumbang dan membantu golongan yang lebih memerlukan.


Apa pandangan korang?


Atau korang ada cerita yang sama seperti Rayyan?

#fizoomar

Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment