Walk-a-Payung (WAP) 2015 Edisi Negeri Terengganu


Walk-a-Payung (WAP) 2015 Edisi Negeri Terengganu
Walk-a-Payung (WAP) 2015 Edisi Negeri Terengganu memasuki edisi kedua tahun ini.

Di mana ianya akan diadakan pada 2 Oktober 2015 bertempat di Taman Rekriasi Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu.

Setiap penyertaan adalah hanya RM35 dan anda akan mendapat tiket. Tiket membolehkan anda mendapat baju -T Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan cenderahati.

Walk-a-Payung dilihat akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pesakit dan keluarga, pegawai perubatan, kakitangan kesihatan dan juga orang awam

Apakah Walk-a-Payung?

Walk-A-Payung adalah satu aktiviti outdoor yang boleh disertai oleh semua iaitu pesakit, ahli keluarga, pelajar, kanak-kanak dan juga orang awam. Setiap penyertaan akan diberikan sehelai t-shirt Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan juga cenderahati.

Setiap peserta akan berjalan sejauh 2.5km - 3km dengan menggunakan payung.

Aktiviti ini bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak daripada terkena cahaya matahari untuk mengelak daripada terkena radang pada kulit. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE.

Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan hubungan erat di antara pesakit, orang awam dan juga pakar-pakar perubatan.

Jika anda berkesempatan, mari sama-sama sertai dan tunjukan sokongan anda kepada rakan-rakan yang merupakan pesakit SLE. Info seperti dibawah :-

  • Tarikh : 2 Oktober 2015
  • Masa : 7.00pagi - 12.00tengahari
  • Tempat : Taman Rekriasi Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu
Berminat? Anda boleh hubungi PSLEM Terengganu Chapter

Sumber : http://www.dayangdeno.com/2015/09/walk-payung-2015.html
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment