Denaihati Network Sdn Bhd Umum Tarikh Rasmi SBB2015


Denaihati Network Sdn Bhd, hari ini telah mengumumkan tarikh rasmi Sepetang Bersama Blogger 2015 (SBB2015).

SBB2015 akan diadakan di Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya pada 13 Jun 2015, bermula jam 8.00 pagi. Pendaftaran telah dibuka, dan anda boleh mula mendaftar di www.sbb.my

Nampak tak keseriusan beliau sewaktu buat pengumuman ini?

Sama seperti tahun sebelumnya, pihak Denaihati Network telah berkerjasama dengan Yeo’s Malaysia sebagai penaja utama SBB2015.

Buat masa kini,

Pihak The Sumbs, eQurban Resources Sdn Bhd, Jam Tawaf Denaihati, Karangkraf dan Perbadanan Putrajaya telah sudi untuk sama-sama menjayakan Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini.

Sekiranya ada mana-mana syarikat yang ingin menaja majlis ini, anda boleh hubungi pihak Denaihati Network untuk maklumat lanjut.


Majlis Pengumuman Tarikh Rasmi Sepetang Bersama Blogger 2015

Antara rakan blogger dan penaja yang hadir ke Majlis Pengumuman Rasmi Tarikh Sepetang Bersama Blogger 2015.

Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger 2015 Kini Dibuka

Pendaftaran untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 akan dibuka mulai hari ini dan para peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari halaman rasmi SBB di www.sbb.my.

Yuran sebanyak RM30 dikenakan kepada setiap peserta. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh ajukan kepada mana-mana team Denaihati atau email terus ke admin@denaihati.com

Jumpa anda disana….!!!!

Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment