Firdaus Feeq - Jaga Penampilan Sebagai Blogger


Firdaus Feeq - Jaga Penampilan Sebagai Blogger
Mungkin tak ramai antara rakan blogger yang mengenali +Firdaus Feeq pemilik blog www.feeqsays.com yang kerap kali menghadiri event blogger dengan penuh bergaya.

Pasti ramai awek blogger yang melting melihat beliau, bukan sahaja kerana penampilan beliau bahkan senyuman tidak lokek pada wajahnya.

Masih lagi single

Ok, itu berita baik buat awek-awek blogger yang nak cari calon pakwe. Tapi dengar cerita, Feeq seorang yang cerewet. Betul ke?

Bro mengenali beliau sekitar tahun 2011 melalui rakan blogger. Kemudian beliau menyepi seketika untuk fokus pada bidang fotografi sebelum kembali aktif berblog semula.

Mungkin ramai yang tertanya, siapa mamat "poyo" yang berkot bagai bila hadiri event, hanya mengambil gambar dengan handphone HTC.

Gaya pula tak nampak macam blogger.


Bagi Bro,

Penampilan sebagai seorang blogger perlu dijaga jika anda ingin meletakkan status "eksklusif" pada diri anda. Perkara ini tidak dinafikan jika dilihat pada sesetengah blogger berlainan bangsa dan juga blogger yang terkenal.

Bro pernah menceritakan perkara ini sewaktu dijemput memberi ceramah di UTHM pada tahun 2011.


Ok, layan sekeping pic Bro sewaktu menghadiri event "eksklusif" baru-baru ini.

Tidak dinafikan juga, melalui penampilan beliau begini dapat mendekati klient tertentu sebagai seorang blogger merangkap photographer / videographer profesional (ini apa yang Bro rasa).

Dan tahniah bila beliau sendiri berjaya mendapat projek besar untuk beberapa syarikat besar untuk menghasilkan video iklan. Tidak lupa juga menjadi duta untuk telefon pintar HTC.

Bicara Bro : Nak hensem bergaya tak salah, asalkan tahu bertempat.

Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment