Group Jual Beli Malaysia di Facebook

Ingin berniaga atau membeli belah di facebook? Tetapi tidak tahu dimana dan bagaimana?

Jom sertai group facebook Jual Beli Malaysia, dimana ianya mengumpulkan pengguna facebook yang ingin menjual barangan mereka kepada mereka yang berminat.

Tidak semestinya ada kena ada peniagaan anda sendiri. Cukup sekadar, ada barang yang anda tidak gunakan (tetapi masih dalam kualiti baik) dan anda jual kepada mereka yang berminat.

Mudah bukan?



Menurut pengasasnya, Isaac Tan.

Beliau nampak potensi group facebook seperti ini dimana ada yang telah mencecah 1 juta ahli. Bahkan ramai yang berminat berniaga separuh masa atau suka-suka.

Lagipun penggunaan facebook page untuk berniaga agak kurang releven bila capaian berkurangan walaupun page tersebut mempunyai ramai pengikut.

Maka pemilik terpaksa pam sedikit duit pada page mereka untuk meningkatkan capaian kepada pengikut page mereka.

****************
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment