Kejutan Hari Jadi Dari Suami, Azie Sam Terharu

Azie Sam Kejutan Hari Jadi

Siapa yang tidak terharu, bila dapat kejutan dari suami pada hari-hari yang amat teristimewa.

Begitu yang terjadi kepada Azie Sam, Blogger dan usahawan yang bakal ditauliahkan sebagai perunding imej sewaktu hari jadinya baru-baru ini.

Dimana suaminya telah buat kejutan menaiki Star Cruise Libra sewaktu berada di Pulau Pinang.

Kalau ikutkan, sudah beberapa kali suaminya merancang kejutan ini, tetapi terpaksa dibatalkan dek kerana kesibukan Azie Sam dengan kelas perundingan imej.

Walaupun hanya semalaman, azie sam sangat bersyukur berpeluang dan seronok menikmati keindahan di atas cruise tersebut

Kejutan Hari Jadi Dari Suami


Bagaimanapun dia amat hargai kejutan dari suaminya, dan merancang untuk menaiki Star Cruise dimasa akan datang selepas usha gambar Bro sewaktu menyertai Pelayaran Islamik tempoh hari.

Pada mulanya, beliau ingat suaminya hanya mengajak beliau ke Pulau Pinang untuk flashback memori lama mereka disana, tetapi berlaku sebaliknya yakni mencipta memori baru.

Patutlah suaminya beria-ia mengajak dia ke sana.

Bicara Bro : Harap tiada suami yang buat kejutan nak kahwin lagi pada isteri dia.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment