Halim Nadzeri Trauma, Hilang Laptop di SOGO

Halim Nadzeri Hilang Laptop

Halim Nadzeri atau lebih dikenali sebagai +Halim Brothers hampir kehilangan laptop kesayangannya sewaktu berada di Food Court SOGO, Kuala Lumpur.

Menurut status beliau di facebook,

Beliau tertinggal beg laptop di food court tersebut.

Dalam beg tersebut mengandungi laptop (dalamnya ada macam-macam kerja yang beliau simpan - harap tiada rahsia kerajaan atau dalam kain disimpan dalam laptop itu) dan charger-charger hp (banyak hp dia nie).

Selamat terdedik dalam hatinya untuk tidak menyimpan kamera DSLRnya didalam beg tersebut.

Nampak kecewanya terpapar pada status facebooknya dimana beliau merasakan kerjaya beliau sekarang sebagai seorang blogger teruji dan terpaksa bermula semula.

Bagaimanapun kesedihan beliau tidak berpanjangan bila kenalan beliau, Mohd Razuwan memberikan no. telefon Supervisor Food Court Sogo.

Ada seorang pelanggan food court tersebut telah menjumpai dan memberikan beg laptop tersebut kepada supervisor.

Alhamdulillah, masih ada insan yang berhati mulia.

Kepada rakan-rakan yang lain. Sila berhati-hati dan jangan lalai walaupun dimana anda berada, lagi-lagi bila kiri kanan depan belakang anda ada banyak gajet atau harta benda yang berharga termasuk maruah diri.

Dan anda perlu ingat, ada banyak mata sedang memerhati anda.

Bicara Bro : Ada banyak kes terjadi pada kenalan Bro - kebanyakan photographer.

Ada yang kena rompak selepas shooting untuk klient, ada juga yang kereta kena pecah dan juga yang rumahnya kena rompak. Agak down bila perlu start semula benda yang menjadi periuk nasi mereka.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment